Anggota KOMEMBER
termasuklah koperasi yang diterima menjadi anggota menurut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini.
Kelayakan menjadi anggota
Keanggotaan KOMEMBER ini terbuka kepada semua koperasi yang menjalankan aktiviti di bawah sektor hartanah dan industri pembinaan.
Permohonan menjadi anggota
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi KOMEMBER ini dan dialamatkan kepada Setiausaha KOMEMBER atau Pegawai KOMEMBER yang dipertanggungjawabkan.
- Permohonan menjadi anggota baru hendaklah dibayar semasa mohon kelulusan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
- Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM2,000.00 (Ringgit: Dua Ribu Sahaja).
- Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
(1) Tiap-tiap koperasi yang menjadi anggota hendaklah, melalui individu yang diberi kuasa olehnya, menandatangani suatu ikrar bahawa ia akan terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan yang dibuat dengan sah.
(2) Sesuatu koperasi yang telah menjadi anggota dikehendaki menandatangani ikrar menurut fasal (1), melalui individu yang diberi kuasa olehnya, dalam tempoh empat belas hari selepas diterima sebagai anggota KOMEMBER.
Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu. Sesuatu koperasi yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.
Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM500.00 (Ringgit: Lima Ribu Sahaja) modal syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.